Friday, August 5, 2011

MAJLIS BACAAN YASIN

Majlis bacaan Yasin diketuai oleh Pelajar Program Pra-Universiti diikuti oleh Ustaz Mohd Zabidi

Thursday, August 4, 2011

PROGRAM IHYA' RAMADAN

Program Ihya' Ramadan diisi dengan Solat Zohor berjemaah, kuiz ramadan dan tazkirah ringkas


Pn. Asmahan bt Abdul Halim menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kuiz

Friday, July 22, 2011

BACAAN YASIN

Bacaan Yasin kali ini dikendalikan oleh Pelajar PPU-Atas C. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh beliau


Monday, July 11, 2011

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Pengajaran Pendidikan Agama Islam menggunakan kemudahan ICT di surau untuk mempertingkatkan proses pengajaran agar lebih berkesan

Saturday, June 25, 2011

QIAMULLAIL

Sempena Program Perkhemahan Perdana Perempuan 2011, Ustazah Hjh. Fadzilah bt Abu Kassim telah mengetuai program Qiamullail di Surau SEMESCO pada pagi Sabtu 25.6.2011. Turut hadir ialah Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein

CERAMAH ISRA' MIKRAJ

Ustaz Mohd Zabidi telah memberi penerangan dan ceramah tentang Isra' dan Mikraj di surau. Beliau turut menggunakan perisian persembahan Power Point untuk memenuhi program Perkhemahan Perdana Perempuan 2011





Ceramah Isra' Mikraj selepas solat isya' turut dihadiri oleh YDP PIBG, Pengetua dan AJK PIBG yang lain.



Friday, May 20, 2011

MURAL SURAU

Dua orang guru pelatih UPSI melengkapkan mural di dinding surau SMKSC. Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan

Monday, May 16, 2011

SOLAT BERJEMAAH

Sempena Hari Guru, Solat Zohor berjemaah telah diadakan disurau. Selepas itu, diadakan pula Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat yang diketuai oleh Ustaz Mohd. Zabidi. Pn. Hjh. Mazlah turut memberikan tazkirah kepada guru-guru selepas solat tersebut

Tuesday, April 26, 2011

PROGRAM SMART SOLAT 2011

Program tersebut telah diadakan pada 22.4.2011 (Jumaat petang), dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SMKSC. Seramai 58orang pelajar terdiri dari pelajar tingkatan 3, 4, 5 dan 6Atas telah mengikuti program tersebut yang diadakan di Surau SMKSC. Program tersebut bertujuan untuk memperbaiki, memperbetulkan perlakuan dan ke arah kesempurnaan solat.






Guru yang hadir: Pn. Hjh. Mazlah (Pengetua), Pn. Azizah bt Hassan (Guru Kanan Mata Pelajaran - Kemanusiaan), Ustaz Mohd. Zabidi, Ustazah Pn. Hjh. Shafinaz, Ustazah Pn. Hjh. Fadzilah, En. Abdul Aziz, Pn. Norlia (GPK. Kokurikulum), Pn. Alimah bt Abu Noh (GPK HEM), dan guru-guru Islam serta 2orang guru praktikum.







Tuesday, April 5, 2011

SALUR AIR TERSUMBAT

Saluran air di bumbung surau tersumbat, menyebabkan air melimpah ke bahagian dalam surau

Saturday, February 26, 2011

SAMBUTAN MAULIDULRASUL 1432H

Program Majlis Sambutan Maulidulrasul 1432H peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Bestari. Antara acara yang berlangsung ialah perarakan, pertandingan sepanduk dan ceramah oleh Ustaz Ahmad Fuad b. Abu

Thursday, February 24, 2011

PERSEDIAAN SAMBUTAN MAULIDURASUL 1432H

Pelajar sedang menyediakan kain rentang bertemakan 1Malaysia 1Ummah

Monday, January 17, 2011

DOA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PENGETUA BARU

Ustaz Mohd. Zabidi membaca doa untuk mengalu-alukan kedatangan Pengetua baru, Pn. Hjh. Mazlah bt Hussein yang mula menjalankan tugas pada hari ini (17.1.2011). Semoga SMK Sg. Choh akan terus unggul di bawah kepimpinan beliau

Friday, January 7, 2011

PROGRAM BACAAN YASIN

Program Bacaan Yasin telah diketuai oleh Ustaz Mohd. Zabidi di tapak perhimpunan