Thursday, November 8, 2012

CERAMAH MOTIVASI SAHSIAH DIRI

Satu sesi ceramah motivasi sahsiah diri akan diadakan pada 9.11.2012 (Jumaat) mulai jam 10.00pagi hingga 12.00tengahari di Surau SEMESCO.  Semua pelajar Islam diwajibkan hadir pada tarikh dan masa tersebut.

Monday, November 5, 2012

CERAMAH SHARIF AL-AQSA

Satu siri ceramah mengenai Pencerobohan Israel ke atas Masjidil AL-Aqsa telah diadakan di Surau SEMESCO. Selepas ceramah, turut diadakan kutipan derma






Pameran mengenai kesengsaraan rakyat Palestin turut diadakan



  Petugas menayangkan filem mengenai kedudukan Masjidil Al-Aqsa 
 Pelajar menyaksikan tayangan filem mengenai pencerobohan Israel ke atas bumi Palestin

BACAAN YASIN

Guru dan pelajar Islam telah menghadiri majlis bacaan Yasin di Surau pada 2.11.2012




Monday, October 22, 2012

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Salah satu program lepas PMR yang disusun oleh Unit HEM, Pelajar Islam lelaki dan perempuan, tingkatan 3, telah berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah di surau pada 19.10.2012 (Jumaat). Penceramah telah mengendalikan kursus ini dengan baik dan berjaya. Mereka merupakan ahli qariah Kg. Sg. Buaya. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam serta kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini
Pelajar turut diberikan handout
Pengurusan Jenazah turut melibatkan penceramah wanita






















Pelajar lelaki PPU Bawah turut menjadi model jenazah





MEMBAIK PULIH SISTEM PEMBESAR SUARA

Sistem pembesar suara dibahagian luar telah dibaikpulih agar Azan Zohor dapat dikumandangkan



Friday, October 5, 2012

MAJLIS RESTU GURU 2012

Ustaz Abdul Aziz membaca doa untuk memulakan majlis restu guru

Ustaz Aziz bersama guru lain mengedarkan air dan kismis kepada pelajar